Jumaat, 2 Ogos 2013

Hudud : Mencuri

Rukun Pemotongan Tangan : Kitab Al Iqna' Juzuk 2
 1 . Masyruq iaitu benda yang dicuri .

2 . Sariqah iaitu terjadinya tindakan pencurian .

3 . Sariq iaitu orang yang melakukan pencurian . 

Imam Ibnu Jauzi berkata : Ketika aku ditanya masalah hukuman hadd terhadap pencuri, maka aku menjawab : Jika tangan ini dipercayai  dan mampu memegang amanah, maka tangan ini sangat mahal harganya . Namun jika  tangan ini mengkhianati amanah, maka tangan ini telah menjadi murah dan terhina serta tidak ada harganya sama sekali .

Syarat -- syarat yang menyebabkan dipotongnya tangan pencuri iaitu enam :

 1 . Orang yang mencuri mestilah telah baligh .

 2 . Orang yang mencuri mestilah orang yang 'aqil ( berakal ) .


 3 . Benda yang dicuri mestilah telah mencapai satu nishab atau lebih sedangkan ukuran satu 
      nishab adalah seperempat dinar sekalipun seperempat dinar itu milik orang ramai yang 
     dikumpulkan menjadi satu .

 4 . Benda yang dicuri hendaklah telah disimpan di tempat yang selamat . 

 5 . Orang yang mencuri itu bukan pemilik harta tersebut .

6 . Orang yang mencuri itu tidak memiliki bahagian sedikitpun terhadap harta yang 
      di curinya itu.

  Jika seseorang mencuri makanan pada masa susah, maka tidak dipotong tangannya kerana 
  ia mencuri lantaran tidak mampu membeli makanan sedangkan perutnya tidak mampu 
  menahan lapar .

 Menurut Syeikh Khathib Syarbini bahawa syarat hukum potong tangan ada sepuluh, di mana syarat selanjutnya ialah :

7 . Orang yang mencuri itu adalah dengan kehendaknya sendiri .

8 . Orang yang mencuri itu hendaklah orang yang terkena beban hukum taklif .

 9 . Benda yang dicuri adalah benda yang dimuliakan oleh agama .

 10 . Benda yang dicuri jumlahnya ada satu nishab dengan milik yang sempurna . 



Wallaahu a'lam .

Tiada ulasan: