Selasa, 22 Jun 2010

Hanya Di AleaCorp

Pengenalan Kepada AleaCorp.com

AleaCorp.com adalah gabungan syarikat IT dan multimedia bertaraf global yang telah banyak memenangi anugerah antarabangsa dalam rekaan laman web, perisian dan lain-lain berkaitan ICT.? Gabungan Wawasan Paradigma Sdn Bhd(821507-X) menerusi anak syarikatnya TM ADS Solutions ?dan PT Sukses Nusantara (Indonesia)? telah merealisikan AleaCorp.com.

Wawasan Paradigma Sdn Bhd yang berpengkalan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan ialah syarikat berstatus Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia(No. Rujukan Pendaftaran: 357-02119090). Kod-kod bidang yang didaftarkan ialah:

210101 - Personal Computer and Related Peripheral and Services
210102 - Small and Large Multi-User Systems and Services
210103 - Workstations and Related Peripheral and Services
210104 - Software Product and Services
210105 - Other Computer Related Services
210106 - Networking Products and Services
220502 - Tenaga Pengajar

Kenapa AleaCorp.com ditubuhkan untuk anda?

Sejajar dengan pelan perniagaan 6 tahun(2009-2015) kami untuk menembusi pasaran antarabangsa, kami menerusi AleaCorp.com ingin berkongsi pengalaman dan keuntungan perniagaan ini bersama-sama anda!!

Kini, dengan hanya serendah RM30, anda dan juga perniagaan anda berpeluang untuk bersama-sama kami ke peringkat antarabangsa!!

Saksikan juga bagaimana dengan hanya serendah RM30 anda berpeluang menjana pendapatan sehingga RM11,574 atau lebih dalam masa 4 minggu pertama penyertaan anda!!

Untuk Menyertai Rangkaian Aleacorp sila klik DISINI

Jumaat, 30 Mei 2008

SIAPA DURI DALAM DAGING????chedet.com

Thursday, May 22, 2008

"Duri dalam daging"

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

Dari chedet.com

Friday, May 23, 2008

Kesetiaan kepada UMNO

1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.


7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.

9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.


10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.

Masihkah ada penyambung Warisan

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Isnin, 14 April 2008

TELUS DAN TERBUKA...

aku dari hari ke hari nak menulis tapi sebab banyak sangat benda yang nak di fikir, banyak benda yang nak dibuat maka tertangguh jugak la hasrat nak menulis..hari ini aku ada kelapangan sikit maka aku cuba menulis benda yang tertanam dibenak kepala aku nih..pertama, seminggu lepas heboh di paper cerita pasal kekalahan BN adalah berpunca daripada sabotaj ahli dan telah dikenalpasti ahli yang sabotaj serta akan diambil tindakan..hmmm persoalannya KENAPA AHLI SABOTAJ?Ini yang paling penting..bukannya nak kenalpasti siapa yang sabotaj atau tindakan keatas pen"sabotaj"..mesti ada sebab ahli2 UMNO sabotaj...faktor calon umpamanya..calon yang dilantik tidak mendapat restu bahagian atau pengundi memang taknak " calon selera pemimpin"..sebabnya calon yang macam ini tidak ikhlas berbakti kepada pengundi...kalau dulu rakyat akur dengan kehendak pemimpin..sekarang senario dah berubah..pemimpin yang kena dengar cakap dan kehendak rakyat..sebabnya yang mengundi adalah rakyat dan pengundi hendakkan wakil yang komited memperjuangkan nasib mereka...kedua..tak ramai ahli UMNO yang sabotaj...yang ramai ialah mereka yang bukan ahli UMNO tetapi simpatisme UMNO..buktinya ahli UMNO se Malaysia ada 4 juta sahaja..lebih kurang la....ertinya ramai pengundi yang bukan ahli UMNO berbanding ahli UMNO...jika nak ambil tindakan keatas ahli-ahli UMNO yang sabotaj..pucuk pimpinan kena pikir sejuta kali...oklah..katalah nak amik tindakan..pecat ahli..gantung keahlian..buatnya puak2 yang kena tindakan ni masuk parti pembangkang camna?...Siap buat demo lagi kat paper..pegang sepanduk..tunjuk reramai masuk parti pembangkang...UMNO jugak yang akan tanggung akibatnya....orang melayu kalau dah benci ngan sesuatu benda atau seseorang individu tu..maka bertahunlah kebenciannya tertanam dalam jiwa mereka..persoalan lagi..adakah tindakan itu menyeluruh?maksudnya siapa saja yang sabotaj dalam PRU 12 baru ni akan diambil tindakan...larat ke?...sebab selama ini pun yang kena tindakan tatatertib dalam UMNO pun hanya beberapa kerat sahaja..seolah-olah buat syarat...melepas batuk di tangga..kita imbau semula semasa pemilihan 2004...yang guna duit untuk kempen boleh kata semua calon MKT...yang kena sapa??? semua sekali ke???Jadi benarlah kata TPM dan Menteri MITI ahli UMNO tidak perlu takut untuk suarakan kebenaran dan pendapat...ahli di peringkat akar umbi selepas ini akan berapilah bila mesyuarat cawangan bermula...Bahagian pula jagn buat endah tak endah sahaja suara dari cawangan..pastikan suara cawangan ini sampai ke pucuk pimpinan dan ada tindakan yang boleh dilihat...hmmm BERANI KE BAHAGIAN TELUS DAN TERBUKA??????