Rabu, 19 Mac 2008

KACAU BILAU POLITIK

Keputusan PRU 12 telah pun diketahui umum. Senarai Kabinet juga telah di umumkan semalam dan akhbar hari ini baik akhbar kerajaan mahupun akhbar pembangkang menyiarkan senarai tersebut. Ertinya akhbar pembangkang pun turut mengikuti perkembangan walaupun selepas itu mereka akan beri komen yang bukan-bukan.Itu biasalah pembangkang lah katakan.Apa pun dalam senarai kabinet tu bila diperhatikan 23 orang adalah dari UMNO.Ertinya MELAYU. dan aku pulak bila PRU 12 berakhir, keputusan yang penuh tragedi buat BN tetapi aku menilai dari sudut positif. Positifnya banyak menteri "volkswagen" atau menteri " moris minor" tewas contohnya menteri kerjaraya, yang sebenarnya telah lama gagal membela nasib kaumnya sendiri. Cara terbaik menyingkirkannya adalah melalui PRU.

Petang tadi,19.03.08 heboh di laman web cerita panas dari Putrajaya, Ketua Wanita UMNO akan letak jawatan tapi akhirnya cerita panas tu tak menjadi dan Rafidah kekal disitu menanti lawannya dalam pemilihan UMNO yang akan datang..sapa agaknya..Azalina?berani ke dier...atau Shahrizat?...jika difikirkan kembali..dalam dunia tak semua oarng suka kiter..dan kita pun tak suka sumer orang..ye takk..tapi harapan aku kepada mereka yang telah dilantik menerajui negara ini...para menteri-menteri..tadbirlah dengan penuh amanah dan tanggungjawab..janganlah bila kuasa di tangan asyik nak membuang individu yang tak sepakat ngan kita...janganlah asyik nak mencantas pegawai kerajaan yang memberi pandangan yang tak sehaluan dengan kita..mereka juga ada tanggungjawab pada negara dan keluarga...jadilah pemimpin yang terbuka seperti YAB Perdana Menteri...Ybhg Tun Dr Mahathir...terbuka menerima kritikan kerana perbezaan pendapat menjadikan kita lebih matang....

Petang tadi jugak aku terkejut bila SUA UMNO dan BN letak jawatan...bagi aku inilah dia pengkhianat sebenar yang tak sepatutnya berada dalam UMNO.Dalam keadaan sekarang ni.UMNO dalam keadaan kucar kacir..masih trauma dan sedang mengumpul kembali kekuatan untuk membina semula UMNO,dia pulak letak jawatan..takda semangat patriotik lansung..pentingkan diri..inilah dia agaknya orang yang pijak bendera UMNO dulu bak kata kawan aku...berjuang kerana jawatan bukan kerana bangsa..sedih aku bila ada orang macam ni..sepatutnya dia dibuang terus dari UMNO...takpelah mungkin beliau letak jawatan sebagai rasa tanggungjawab diatas keputusan PRU 12 yang maha dahsyat baru-baru ini...setidak-tidaknya beliau berani mengambil risiko ini tetapi bagi aku hanya masanya yang tidak sesuai.....apapun Selamat Bertugas buat Menteri Kabinet yang baru...

Tiada ulasan: