Selasa, 27 Ogos 2013

SIAPA SARJAN HASSAN SEBENARNYA?


UMUM mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu.

Filem perang itu begitu popular pada awal 60-an, tetapi kisah yang dipaparkan itu agak menyimpang jauh daripada kisah sebenar liku hidup Sarjan Hassan Othman yang dipaparkan kali ini.

Sarjan Hassan dianggap patriot terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953.

Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, tidak jauh dari Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan darjah lima Sekolah Melayu. Allahyarham Sarjan Hassan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan tentera pada 21 Disember 1946 sebagai rekrut Askar Melayu dan menjalani latihan di Port Dickson selepas berlaku satu peristiwa ngeri yang mengorbankan isteri dan keluarganya.

Usaha menjejak sejarah perjuangan dan susur galur patriot ini bukan tugas mudah sehingga penulis mengambil masa hampir sebulan membuat rujukan di pusat sumber serta merisik di kawasan perkampungan asal Allahyarham.

Penulis juga berusaha mengesan saudara mara Allahyarham di Kampung Pantai dan Rasah yang dikatakan tempat tinggal terakhirnya.

Rabu, 21 Ogos 2013

Soalan Untuk Syiah..



Travelog di Bumi dajlah dan Furat Siri 21

Beberapa Soalan Mudah Untuk Syiah

Yang pertama, kenapa kita perlu hidup dengan menyimpan dendam silam yang tak berkesudahan. Kisah pembunuhan Syaidina Husein adalah peristiwa yang telah berlaku lebih 1,000 tahun yang lalu. Ahli-ahli sejarah Islam yang adil dan teliti dalam penulisan menegaskan bahawa yang paling bertanggungjawab atas kematian Husein, yang pertama adalah seorang perusuh dan pembuat fitnah bernama Syamar bin Dzil Jausyin kemudian yang kedua Ubaidillah bin Ziyad (Ibnu Ziyad).

Adapun Yazid bin Muawiyah yang dihadapkan fitnah ini serta dituduh membunuh cucu Rasulullah, dengan linangan air mata ketika menerima berita kematian Husein, sebagaimana dicatatkan oleh Dr Yusuf al ‘Isy seorang pakar sejarah Islam dalam kitabnya Dinasti Umawiyyah.
Yazid berkata, “Aku telah memerintahkan kamu untuk tidak membunuh Husein, semoga Allah melaknati Ibnu Ziyad dan semoga Allah merahmati Husein. Kemudian Yazid memasukkan keluarga Husein ke kediamannya, menetapkan 3 hari untuk berkabung dan Yazid tidak pernah makan kecuali keluarga Husein diajaknya.” Fakta ini juga dicatatkan dalam Kitab Ibid.

Penganut-penganut syiah di Malaysia, kamu kenalkah siapa itu Syamar bin Dzil Jausyin? Kalau tak kenal dan tak pernah dengar nama, tolong tanya dengan orang yang telah mempengaruhi kamu sehingga kamu jadi syiah!

Memang kenyataan ini sangat pahit untuk kamu terima dan kamu masih menuduh Yazid yang membunuh Husein. Doa kamu semua semoga laknat Allah ke atas Yazid dan ayahnya Muawiyah!

Tak apalah... Walaupun kamu tidak mahu membuka hati untuk menerima kebenaran dan terus berpegang dengan pendapat kamu, baiklah... saya ingin bertanya secara mudah. Dalam konteks kita di Malaysia, kamu semua penganut syiah di sini bukannya keturunan Husein dan kami ahli sunnah waljamaah di sini bukanlah juga keturunan Muawiyah!

Kenapa peristiwa yang telah berlaku lebih 1,000 tahun yang tak ada kena mengena sedikit pun dengan kamu, kamu juga tidak pernah mengkaji fakta sebenar di sebalik peristiwa yang berlaku, tetapi peristiwa ini dipendam sebagai nostalgia silam untuk membajai dendam yang tak berkesudahan?

Syiah di Iraq mungkin boleh mendakwa bahawa mereka adalah keturunan Husein, tapi siapa kamu di Malaysia ini? Mereka juga mungkin boleh mendakwa bahawa sunni di Iraq adalah keturunan Muawiyah, tapi apa salahnya kami orang Melayu Islam sunni di sini?

Sesebuah mazhab wujud kerana ikhtilaf (perbezaan) pendapat berkaitan masalah-masalah furu’ dalam agama yang tidak mempunyai dalil yang qat’ie dari al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Ulama-ulama mazhab ahli sunnah waljamaah mempunyai sikap toleransi dan hormat menghormati yang sangat tinggi antara sesama mereka sehingga mereka biasa menyebut, “Ijtihad saya ini benar, tetapi mungkin tersilap. Sekiranya terdapat dalil dan hujah yang lebih kuat dari pendapat saya, maka saya bersedia untuk menariknya balik pada bila-bila masa..”

Imam Shafie pernah ditanya oleh muridnya kenapa beliau tidak menguatkan bacaan ‘Bismillahirrahmaanirrahiimm’ ketika bersolat di sebuah masjid yang mempunyai ramai pengikut Imam Abu Hanifah. Jawab Imam Shafie, “Kerana saya menghormati tuan masjid ini.” Perlu dimaklumi bahawa dalam Mazhab Hanafi, bacaan “Bismillah...” tidak dikuatkan ketika membaca al Fatihah dalam sembahyang.

Ini cuma contoh kecil bagaimana bertoleransinya kami antara sesama ahli sunnah wal jamaah. Tak pernah timbul pun orang Hanafi nak ajak dan mempengaruhi pengikut Sahfie supaya jadi Hanafi seperti mereka! Orang Maliki nak ajak pengikut Hambali supaya jadi Maliki.

Habis tu kenapa kamu orang syiah sibuk sangat nak menyebarkan dakyah kepada orang sunni supaya ikut syiah? Bolehkah sebuah mazhab itu wujud ekoran dari dendam dan pertelingkahan politik zaman silam?

Yang kedua, Apa dosa dan kesalahan yang telah Abu Bakar, Umar dan Uthman buat terhadap kamu pengikut syiah di Malaysia ini sehingga melayakkan sahabat-sahabat nabi yang mulia ini dicerca, dikeji, dicaci sehingga dikafirkan? Dengan mencerca mereka apa yang kamu semua dapat?

Kalau betul mereka telah merampas hak Ali sebagai khalifah, saya nak tanya, telah berapa ribu tahun peristiwa itu berlaku? Apakah dengan terus mendendami Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka apakah fakta sejarah mampu diubah dengan meletakkan Ali sebagai Khalifah ar Rasyidin yang pertama?

Apakah dengan terus mendendami mereka bertiga, kamu semua mahu nama mereka dipadamkan dari senarai penjawat khalifah? Cuba kamu beritahu secara jelas, apa sebenarnya yang kamu mahu tanpa perlu beretorik !

Nanti akan ada syiah yang bertaqiyah bahawa dakwaan ini tak betul! Kami tak pernah mencaci Abu Bakar, Umar dan Uthman apa lagi nak mengkafirkan mereka. Kami cuma nak menegur beberapa kesilapan yang telah mereka buat.

Ya!! Silakan tegur sahabat-sahabat Nabi yang telah dijamin syurga ini, kemudian cerminlah diri kamu sendiri!!

Soalan-soalan mudah seterusnya akan menyusul...

Rabu, 14 Ogos 2013

Kejahatan Syiah Sepanjang Sejarah Islam


23 H (Baba Aladdin) Abu Loloah membunuh Khalifah Umar R.A.

34 H (Abdullah Ibn Saba) membunuh Khalifah Uthman R.A.

61 H Syiah Rofidah membunuh Imam Husain di Ashora R.A.

100 H Syiah Rofidah membunuh 500,000 Muslim di Khorasan

280 H Syiah Zaidiah membunuh 50,000 Muslim di Yaman

317 H Syiah Qurmutiah menggerebek Masjid Haram Makki, merusakHajar Aswad dengan 8 cukilan and membunuh 400,000 jamaah haji

483 H Syiah Hashasheen (assasens) membunuh Imad al deen Zinki dan 200,000 Muslim di Mesir.

1099 M Syiah Fatimiah menjarah Palestine dan membantu penyerahan AlQuds ke pihak Nasrani.

656 H Syiah Alawiah bersama Hulaku menjarah Baghdad membunuh lebih 800,000 orang di Iraq dan lebih 2 juta orang di Syria, Lebanon, Jordan and Palestine.

907 H Syiah Safawiah membunuh 1 Million Sunni in Iran

1149 H Syiah Qadianiah mengubah Kiblat ke (Mashahd) di Iran.

1289 H Syiah Isnaashariah mencetak Quran by Mirza Tubrusi di Iran Qum.

1366 H Syiah Isnaashariah fatwah (Karbala) adalah 7x lebih baik daripada Mekkah.

1406 H membom bagian dalam Masjid Alharam untuk mengirim pesan benci kepada Amerika!

1407 H Syiah Ira membunuh 402 Saudi selama haji, 85 di antaranya adalah polisi.

1408 H Fatwah melalui the Islamic union di Makkah (Khumini adalah kaum Kuffar)

1409 H Syiah Rofidah membom Masjid Al Haram dan membunuh 1 pria Pakistan.

1841 M Syiah Druz menyerang Kekaisaran Turki.

1972 M Syiah Druz bersama Israel menyerang Palestina.

1983 M Syiah Druz bersama Israel menyerang Lebanon

1982 N Syiah Alawiah membunuh 40,000 sunni di Homs Syria

2011 M Syiah Alawiah + Isnaashariah membunuh 200,000 Sunni di Syria
---------------------------
SIAPA SYIAH BERIKUTNYA ?

Jumaat, 2 Ogos 2013

KENAPA SYIAH DITOLAK?..WAJIB BACA

SEJUMLAH tujuh belas doktrin Syi’ah yang selalu mereka sembunyikan dari kaum muslimin sebagai bagian dari pengamalan doktrin taqiyah (menyembunyikan Syi’ahnya). Ketujuh belas doktrin ini terdapat dalam kitab suci Syi’ah:

1.     Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).
Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A’raf 7: 128, “Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”. Kepercayaan Syi’ah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syi’ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2.    Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).
Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syi’ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi’ah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

Hudud : Mencuri

Rukun Pemotongan Tangan : Kitab Al Iqna' Juzuk 2
 1 . Masyruq iaitu benda yang dicuri .

2 . Sariqah iaitu terjadinya tindakan pencurian .

3 . Sariq iaitu orang yang melakukan pencurian . 

Imam Ibnu Jauzi berkata : Ketika aku ditanya masalah hukuman hadd terhadap pencuri, maka aku menjawab : Jika tangan ini dipercayai  dan mampu memegang amanah, maka tangan ini sangat mahal harganya . Namun jika  tangan ini mengkhianati amanah, maka tangan ini telah menjadi murah dan terhina serta tidak ada harganya sama sekali .

Syarat -- syarat yang menyebabkan dipotongnya tangan pencuri iaitu enam :

 1 . Orang yang mencuri mestilah telah baligh .

 2 . Orang yang mencuri mestilah orang yang 'aqil ( berakal ) .

Khamis, 1 Ogos 2013

ORANG LELAKI PUN TAU MERAJUK ...

Biasanya suami tidak merajuk. Kerana yang merajuk hanyalah orang perempuan yang menggunakan emosi dan bahasa badan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang disayangi. Merajuk terjadi apabila usaha seseorang wanita untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui lisan sudah tidak berkesan. Maka dia gunakan strategi bahasa badan dengan menyendiri atau "boikot" sesuatu aktiviti dengan harapan pasangan itu sedar, faham dan datang menyatakan kemaafan.

Peringkat perempuan mendiamkan diri, tidak mahu bercakap ini adalah peringkat yang sudah parah. Tetapi masih ada lagi harapan jika pasangan itu sedar dan kembali dengan kemaafan. Peringkat yang teramat parah dan tidak boleh disembuh lagi ialah apabila wanita ini sudah tidak kisah lagi kemana dia pergi, apa dia nak buat, dan dengan siapa dia ingin berjumpa.

Jadi, bagaimana lelaki "merajuk"? Lelaki memang kurang menggunakan emosinya. Dia lebih menggunakan panas barannya untuk bertindak. Larinya suami ini bukan bererti dia merajuk.

TPPA MMG HAMPEH..

Pegawai-pegawai yang ada kepentingan dan sangat membeku otak mereka sekarang ini dilihat sedang bertungkus-lumus untuk menipu Perdana Menteri agar menandatangani TPPA yang jelas menggunapakai kaedah IMF yang mahu menjajah negara ini pada tahun 1997 dahulu.

Idris Jala yang sekarang ini telah dinaikkan pangkat, menerima bulat-bulat apa yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat yang sedang mencari-cari jalan untuk menyaingi China dan kebangkitan ekonomi Asia.

TPPA tidak sahaja melibatkan perdagangan barangan atau perkhidmatan, bahkan ia akan melibatkan masa hadapan kesihatan, sosial, ekonomi, politik, sivik, pendidkan dan budaya 28 juta orang rakyat Malaysia.

9 negara yang terlibat dengan rundingan TPPA dengan Amerika Syarikat sebagai kepalanya adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Seperkara yang cukup menarik tentang rundingan tersebut ialah, semua teks rundingan semasa proses rundingan dilangsungkan adalah RAHSIA dan kesemua kerajaan yang mempersetujui TPPA akan meneruskan kerahsiaan sehinggalah empat tahun selepas perjanjian ditandatangani.

Mengapa terlalu berahsia dan mengapa hanya mengambil masa selama empat tahun untuk mendedahkan butiran perjanjian itu kepada rakyat negara-negara yang terlibat?

Bagaimana pula dengan kebolehan kepada pelabur-pelabur asing untuk menyaman negara-negara yang terlibat dalam TPPA untuk sebarang tindakan, termasuklah tindakan untuk melindungi atau memperkenalkan kesihatan awam, pendidikan atau alam sekitar, sekiranya tindakan tersebut menjejaskan kepentingan pelabur?

Dengan kata lain, negara-negara yang menandatangani TPPA, secara tidak langsung telah menjadi negara-negara di bawah taklukan Amerika Syarikat, memandangkan syarikat-syarikat yang bergerak aktif dalam kerangka TPPA adalah syarikat-syarikat negara besar berkenaan. Sekaligus, membunuh keseluruhan industri IKS yang sedang dibangunkan oleh kerajaan untuk masyarakat Melayu-Bumiputera.

Contoh terbaik ialah apabila Kanada mengharamkan methylcyclopentadienyl manganese tricarbonyl (MMT) kerana bimbang tentang ancaman bahan berkenaan kepada kesihatan awam, kerajaan Kanada telah disaman oleh pengeluar MMT, Ethyl Corporation di dalam sebuah tribunal antarabangsa. Akhirnya Kerajaan Kanada didapati bersalah dan perlu membayar ganti rugi kepada syarikat berkenaan dan menarik balik pengharaman. Ganti rugi terbesar yang berkaitan dengan TPPA yang diketahui setakat ini adalah melibatkan Ecuador iaitu bernilai USD 24 bilion!

Sebaik-baik sahaja Malaysia menandatangani TPPA, syarikat-syarikat asing akan mula memperlekehkan undang-undang Malaysia bahkan sistem Parlimen Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan segala sistem yang telah Malaysia bina selama berdekad-dekad. Akhirnya kerajaan Malaysia akan lebih memberikan perhatian dan mengambil berat tentang syarikat-syarikat berkenaan berbanding kepentingan rakyat!

Walaupun ada kebaikan sepertimana yang diperkatakan oleh Menteri yang berkaitan seandainya Malaysia menandatangani TPPA, sebenarnya keburukan dan mudaratnya kepada rakyat Malaysia berkali-kali ganda besarnya. TPPA adalah mekanisme Amerika Syarikat untuk memasarkan barangan serta perkhidmatan mereka tanpa saingan daripada negara lain, khususnya China. TPPA digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memaksa negara-negara yang menandatanganinya untuk menggunakan barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat negara itu.

Yang paling menjejaskan sekali adalah ubat-ubatan. Selama ini Malaysia menggunakan ubat-ubat generik yang lebih murah berbanding 'original'. Dikatakan, ubat-ubat yang telah dipatenkan atau dikategorikan sebagai original, berharga 1,044% lebih mahal daripada ubat-ubatan generik.

Di bawah TPPA, ubat-ubat generik akan dibuang ke dalam longkang. Rakyat Malaysia tidak lagi dapat menggunakan ubat-ubatan generik, sebaliknya terpaksa menggunakan ubat-ubatan original yang sudah tentu kebanyakan daripada rakyat Malaysia tidak akan mampu membelinya. Perubatan percuma yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sekarang ini, tidak akan diteruskan lagi kerana Kerajaan sudah pasti tidak akan mahu terbeban dengan subsidi yang beratus kali ganda besar nilainya berbanding sekarang.

TPPA tidak akan peduli dengan kebajikan sebaliknya akan lebih mementingkan keuntungan.

Puak-puak yang berada dalam PEMANDU yang diketuai oleh Idris Jala jangan fikir, rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk menerima sahaja omongan kosong mereka. Tahun 1997 dahulu sudah cukup untuk dijadikan sebagai panduan. Kalau bukan kerana Mahathir dan MTEN, besar kemungkinan sekarang ini, rakyat Malaysia tidak akan berada pada kedudukan sekarang.

Idris Jala, Omar Ong, PEMANDU dan TERAJU seharusnya DIMANSUHKAN DAN DIHAPUSKAN memandangkan otak dan pemikiran mereka, lebih kepada memusnahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan keuntungan berbanding membela rakyat negara ini dalam tempoh panjang!

Dan menariknya, gelagat, tindakan serta niat busuk mereka, memberi kesan negatif kepada Najib Abdul Razak!

KREDIT