Rukun Pemotongan Tangan : Kitab
Al Iqna' Juzuk 2
1 . Masyruq iaitu benda yang dicuri .
2 . Sariqah iaitu terjadinya
tindakan pencurian .
3 . Sariq iaitu orang yang
melakukan pencurian .
Imam Ibnu Jauzi berkata : Ketika aku ditanya masalah
hukuman hadd terhadap pencuri, maka aku menjawab : Jika tangan ini dipercayai dan mampu memegang amanah, maka tangan ini sangat mahal harganya . Namun jika tangan ini mengkhianati amanah, maka tangan ini telah menjadi murah dan terhina
serta tidak ada harganya sama sekali .
Syarat -- syarat yang
menyebabkan dipotongnya tangan pencuri iaitu enam :
1 . Orang yang mencuri mestilah telah baligh .
2 . Orang yang mencuri mestilah orang yang
'aqil ( berakal ) .
3 . Benda yang dicuri mestilah telah mencapai
satu nishab atau lebih sedangkan ukuran satu
nishab adalah seperempat dinar
sekalipun seperempat dinar itu milik orang ramai yang
dikumpulkan menjadi satu
.
4 . Benda yang dicuri hendaklah telah disimpan
di tempat yang selamat .
5 . Orang yang mencuri itu bukan pemilik harta
tersebut .
6 . Orang yang mencuri itu
tidak memiliki bahagian sedikitpun terhadap harta yang
di curinya itu.
Jika
seseorang mencuri makanan pada masa susah, maka tidak dipotong tangannya kerana
ia mencuri lantaran tidak mampu membeli makanan sedangkan perutnya tidak mampu
menahan lapar .
Menurut Syeikh Khathib Syarbini bahawa syarat
hukum potong tangan ada sepuluh, di mana syarat selanjutnya ialah :
7 . Orang yang mencuri itu
adalah dengan kehendaknya sendiri .
8 . Orang yang mencuri itu
hendaklah orang yang terkena beban hukum taklif .
9 . Benda yang dicuri adalah benda yang
dimuliakan oleh agama .
10 . Benda yang dicuri jumlahnya ada satu
nishab dengan milik yang sempurna .
Wallaahu a'lam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan