Khamis, 1 Ogos 2013

TPPA MMG HAMPEH..

Pegawai-pegawai yang ada kepentingan dan sangat membeku otak mereka sekarang ini dilihat sedang bertungkus-lumus untuk menipu Perdana Menteri agar menandatangani TPPA yang jelas menggunapakai kaedah IMF yang mahu menjajah negara ini pada tahun 1997 dahulu.

Idris Jala yang sekarang ini telah dinaikkan pangkat, menerima bulat-bulat apa yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat yang sedang mencari-cari jalan untuk menyaingi China dan kebangkitan ekonomi Asia.

TPPA tidak sahaja melibatkan perdagangan barangan atau perkhidmatan, bahkan ia akan melibatkan masa hadapan kesihatan, sosial, ekonomi, politik, sivik, pendidkan dan budaya 28 juta orang rakyat Malaysia.

9 negara yang terlibat dengan rundingan TPPA dengan Amerika Syarikat sebagai kepalanya adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Seperkara yang cukup menarik tentang rundingan tersebut ialah, semua teks rundingan semasa proses rundingan dilangsungkan adalah RAHSIA dan kesemua kerajaan yang mempersetujui TPPA akan meneruskan kerahsiaan sehinggalah empat tahun selepas perjanjian ditandatangani.

Mengapa terlalu berahsia dan mengapa hanya mengambil masa selama empat tahun untuk mendedahkan butiran perjanjian itu kepada rakyat negara-negara yang terlibat?

Bagaimana pula dengan kebolehan kepada pelabur-pelabur asing untuk menyaman negara-negara yang terlibat dalam TPPA untuk sebarang tindakan, termasuklah tindakan untuk melindungi atau memperkenalkan kesihatan awam, pendidikan atau alam sekitar, sekiranya tindakan tersebut menjejaskan kepentingan pelabur?

Dengan kata lain, negara-negara yang menandatangani TPPA, secara tidak langsung telah menjadi negara-negara di bawah taklukan Amerika Syarikat, memandangkan syarikat-syarikat yang bergerak aktif dalam kerangka TPPA adalah syarikat-syarikat negara besar berkenaan. Sekaligus, membunuh keseluruhan industri IKS yang sedang dibangunkan oleh kerajaan untuk masyarakat Melayu-Bumiputera.

Contoh terbaik ialah apabila Kanada mengharamkan methylcyclopentadienyl manganese tricarbonyl (MMT) kerana bimbang tentang ancaman bahan berkenaan kepada kesihatan awam, kerajaan Kanada telah disaman oleh pengeluar MMT, Ethyl Corporation di dalam sebuah tribunal antarabangsa. Akhirnya Kerajaan Kanada didapati bersalah dan perlu membayar ganti rugi kepada syarikat berkenaan dan menarik balik pengharaman. Ganti rugi terbesar yang berkaitan dengan TPPA yang diketahui setakat ini adalah melibatkan Ecuador iaitu bernilai USD 24 bilion!

Sebaik-baik sahaja Malaysia menandatangani TPPA, syarikat-syarikat asing akan mula memperlekehkan undang-undang Malaysia bahkan sistem Parlimen Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan segala sistem yang telah Malaysia bina selama berdekad-dekad. Akhirnya kerajaan Malaysia akan lebih memberikan perhatian dan mengambil berat tentang syarikat-syarikat berkenaan berbanding kepentingan rakyat!

Walaupun ada kebaikan sepertimana yang diperkatakan oleh Menteri yang berkaitan seandainya Malaysia menandatangani TPPA, sebenarnya keburukan dan mudaratnya kepada rakyat Malaysia berkali-kali ganda besarnya. TPPA adalah mekanisme Amerika Syarikat untuk memasarkan barangan serta perkhidmatan mereka tanpa saingan daripada negara lain, khususnya China. TPPA digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memaksa negara-negara yang menandatanganinya untuk menggunakan barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat negara itu.

Yang paling menjejaskan sekali adalah ubat-ubatan. Selama ini Malaysia menggunakan ubat-ubat generik yang lebih murah berbanding 'original'. Dikatakan, ubat-ubat yang telah dipatenkan atau dikategorikan sebagai original, berharga 1,044% lebih mahal daripada ubat-ubatan generik.

Di bawah TPPA, ubat-ubat generik akan dibuang ke dalam longkang. Rakyat Malaysia tidak lagi dapat menggunakan ubat-ubatan generik, sebaliknya terpaksa menggunakan ubat-ubatan original yang sudah tentu kebanyakan daripada rakyat Malaysia tidak akan mampu membelinya. Perubatan percuma yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sekarang ini, tidak akan diteruskan lagi kerana Kerajaan sudah pasti tidak akan mahu terbeban dengan subsidi yang beratus kali ganda besar nilainya berbanding sekarang.

TPPA tidak akan peduli dengan kebajikan sebaliknya akan lebih mementingkan keuntungan.

Puak-puak yang berada dalam PEMANDU yang diketuai oleh Idris Jala jangan fikir, rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk menerima sahaja omongan kosong mereka. Tahun 1997 dahulu sudah cukup untuk dijadikan sebagai panduan. Kalau bukan kerana Mahathir dan MTEN, besar kemungkinan sekarang ini, rakyat Malaysia tidak akan berada pada kedudukan sekarang.

Idris Jala, Omar Ong, PEMANDU dan TERAJU seharusnya DIMANSUHKAN DAN DIHAPUSKAN memandangkan otak dan pemikiran mereka, lebih kepada memusnahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan keuntungan berbanding membela rakyat negara ini dalam tempoh panjang!

Dan menariknya, gelagat, tindakan serta niat busuk mereka, memberi kesan negatif kepada Najib Abdul Razak!

KREDIT

Tiada ulasan: