Jumaat, 22 Julai 2011

Sokonglah DAP kalau nak jahanam...


8.15 malam kami bergerak dari hotel menuju ke ibu pejabat DAP , Rasah Kepayang bersama seorang sahabat yang tahu berbahasa Mandarin . kami pada mulanya mahu naik tetapi memandangkan semua yang menghadiri perjumpaan itu adalah orang Cina , kami biarkan kawan kami sahaja yang naik dan rakam setiap perbualan yang berlaku di pejabat berkenaan.

Setelah hampir 45 minit kawan kami di atas kami nampak Anthony Loke dan beberapa orang lagi turun dan duduk di kedai makanan di hadapan ibu pejabat berkenaan.

20 min kemudian kawan saya turun dan kami duduk di kedai mamak sebelah ibupejabat DAP berkenaan dan kawan saya telah menceritakan apa yang telah berlaku ketika perjumpaan dengan Anthony Loke,Mereka banyak menyentuh mengenai isu Bersih dan mereka kata DAP sememangnya senang hati kerana ahli DAP telah mengikut arahan tidak terlibat dengan perhimpunan BERSIH berkenaan.

katanya lagi , Biarkan Orang melayu lanyak orang Melayu, kita jangan campur kerana itu bukan urusan kita. Biar mereka tuduh Anwar meliwat atau Anwar langgan pelacur Cina, Kita janagn campur , itu hal mereka , Orang UMNO tidak percaya Anwar dan PKR serta PAS , PAS dan PKR tidak percaya orang UMNO. Siapa yang untung DAP...DIPETIK DARI LAMAN INI

BAHAYA FAHAMAN RADIKAL

Aturan kerusi Parlimen 222 yang hari ini menjadi kerusi pertandingan dalam PRU-13 merupakan medan pertandingan untuk UMNO sebanyak 117 kerusi. Jauh daripada sifir ini, UMNO amat layak menjadi Ketua Eksekutif Negara Malaysia. Kerusi kemenangan 148 ialah kemenangan Majoriti 2/3, yang membolehkan sebuah Kerajaan Melayu Islam yang tidak pernah meruntuhkan mercu utama Persekutuan, iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Persepsi Dr. Lo' Lo Ghazali, anak bekas Mufti Perak yang telah dijemput Allah lebih awal, tentang beban tanggungjawab bapanya sewaktu memegang amanah sebagai Mufti Perak, diberitakan dikesali olehnya. Dek kerana beberapa perkara yang tidak dituruti oleh sifulan bin sifulan sepanjang kerjaya bapanya. Ikut skrip Dr. Lo' Lo kepad Dr. Asri. Ternyata, pernyataan Dr. Lo' Lo ini menjelas kecetekan ilmunya dalam memahami mauduk dan uslub pemerintahan sebuah Negara Melayu Islam yang baru bangkit daripada kesan-kesan penjajahan. Rupanya, ramai kalangan pemimpin dan peminat PAS ialah anak-anak kefahaman Syiah yang bersetuju dengan konsep fikir radikal dan sembrono. Tiada hikmah dan kefahaman mengurus nikmat merdeka secara sopan santun langsung rupanya...BACA SETERUSNYA

Khamis, 7 Julai 2011

Nak DEMO bonar..amek kau....

1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.






4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

Sapo nak " BERSIH" kan Sapo nih ha..Pandir nek amek-amek la

Rasanya, semua mesti sudah mengetahui mengenai rancangan BERSIH dan pakatannya dalam parti pembangkang untuk mengadakan perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 100,000 `orang kuning' pada Sabtu depan. Dengan penuh angkuh, mereka mendakwa mempunyai alasan kukuh berbuat demikian dan pada 9 Julai nanti, Yang di-Pertuan Agong mesti dimaklumkan mengenainya.

Apabila diminta justifikasi mengadakan perhimpunan jalanan haram itu, penyokongnya pantas memberi alasan yang sudah dijangka. Anda akan diberi syarahan mengenai kepentingan kebebasan hak demokrasi, selain kenyataan sinis kononnya anda tidak menghiraukan kebenaran.

Mereka akan memberitahu betapa SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menyenaraikan individu yang sudah meninggal dalam senarai pengundi. Mereka resah apabila dimaklumkan SPR tidak harus dipersalahkan. Berapa ramai antara kita yang membuat pemberitahuan kepada SPR apabila ada saudara-mara yang meninggal? Mengapa kita tidak mengambil masa lama untuk memaklumkan bank, syarikat insurans, polis, KWSP hatta Along sekalipun tetapi bukan SPR? Hakikatnya, kita memandang lewa keperluan membuat laporan kepada SPR kerana pilihan raya umum berlaku sekali dalam lima tahun. Kita kerap mendengar orang berkata: "Kenapa perlu nak lapor cepat-cepat? Orang mati bukannya boleh mengundi." Apa yang dilepas pandang ialah undang-undang tidak membenarkan SPR membuang nama pengundi tanpa bukti sahih.( Seterusnya.... )

Sabtu, 2 Julai 2011

Jangan Jang Jangan..susah ekau nanti eh!!!

SOBAB MUSABAB TAK PERLU SOKONG DEMO BERSHIT OPSSS BERSIH

1. Nak datang kek kolumpo duit sendiri, kok dari somban kok naik Komuter RM 6.30 sampai stesen Kolumpo, poie balik dah RM 12.60, makan n minum laie RM 10.00. Kang orang pakai baju kuning, nak tak nak kono boli jugak baju kuning tu, hargo eh RM 30.00 solai. Kok datang mo org umah dah double belanjo eh. Lobih baik buek belanjo dapur takpun jadikan duit tu tambahan untuk bagi omak ayah yang tiap-tiap bulan bagi tu.Kok biaso eh RM200, jadi bajet yang nak poie demo tu kok RM 100 dapek lah orang tuo tu RM300… Lagi bosar pahalo eh

2. Maso tebuang ajo join demo ni, terlalak lalak, terpokik-pokik, peh tu kang nasib tak baik huru haro pulak, kono simbah ngan air gatal, silap-silap “ terpeleot “( terseliuh ) kaki, ko tangan ko dan nak kono berubek pulak… duit laie..

3. Nasib tak baik kono tangkap plak.( .yolah dah polis kato ini perhimpunan yg salah dari segi undang-undang yang ekau menggatal pie buek apo )..nak kono jamin, kok ekau orang kayo takpolah, kok kojo kau motong gotah atau kojo kilang amacam?mano ekau nak rabo an duit jamin tu? Apo ekau igt puak2 tu nak jamin ekau kuar?..sori maa…

4. Dahlah kono tangkap, kok kono reman seminggu, dah tontu tak datang kojo punyo, apo kok kau kojo ngan syarikat abah kau buleh la kok kau kojo samo orang camno?..elok2 gaji mahal, kono buang kojo, dah hulu hala plak nak cari kojo lain…

5. Dah la kono buang kojo, org umah plak kojo gaji ciput, nak bayar umah laie, keto lai..belanjo dapur laie, anak nak sekolah, kan ko nayo kek keluarga..ni jenis org camni kok ditegur kek org umah memang kono penamparlah jawab eh..konpom..salah sendiri tak igt..

6. Kok ekau poie jugak jang makno eh ekau aniayo kek org lah..mmg kau sokong kezaliman…tak cayo?..ekau poie meramaikan demo tu, lalu kek jalan, tepi kodai orang kiri kanan…dah ekau ghamai kek situ camno pelanggan nak datang kodai orang tu? Rugi dio eh, kok selalu hari2 dapek la RM800..tapi sobab dek ekau ngan gang demo kau tu rugi dio eh..memang disumpah eh lah kau jang..

7. Drebar teksi taklah nak cari makan..apotak eh dah kau mengerutungi tongah-tongah jalan tu camno dio nak lalu cari customer… kok ado org naik teksi eh konpom kono bayar mahal punyo..yolah kono ikut jalan lain..kono sumpah kau laie jang..

8. Kok ado org sokat rezeki kau jang kau mesti marah kan…tak payah susah-susah..Pendekar paking keto dopan pintu masuk umah kau konpom kito berporang….

9. Tak payahlah poie jang oi… tapi kok nak poie jugak kok kono sosah ngan FRU sendiri mahu igt maaaaa

Alahaii Pak Imam..

Kena Pecat pun nak Demo ke?..( klik sini ).

1. Kadang-kadang sodih ati Pendekar bilo nengok keadaan jadi macam ni..

2. Apo tak sodih eh Imam yang bekerja selama ini tetibo ajo kono pecat..kuranglah punca rezeki kok sebelum kono pocat mungkin gaji Imam ni RM1500.00 sebulan,Pendekar agak-agak ajo..kok ado buek kojo lain pun dicampur ngan gaji imam tadi dapeklah RM3000.00

3. Bilo dah tak jadi Imam kuranglah RM1500.00. tapi percayalah akan ado rezeki lain yang Allah akan gantikan, dan musibah pemecatan ini datang dari Allah juga. Pendekar yakin Pak Imam pun tau hal ni…

4. Soal kono pocat ini, ini soal majikan.Kok majikan tu nak kito kojo ngan dio lagi maka di suruh eh lah kito buek kojo.Kok majikan tu dah taknak lagi mako disuruh ehlah kito berenti, kok kito tak nak berenti mako dipocat eh lah kita. Di sini kito kono sodar bahawa “ IMAM ITU BEKERJA DENGAN MAJIKAN NYA”.

5. Kok Pak Imam tak pueh hati dengan pemecatan tu bawa lah ke mahkamah. Kan ko Pak Imam selama ini mendukung prinsip keadilan. Dalam khutbah selalu Pak Imam cakap, kalau kito redho dengan ujian Allah bosar ganjaran eh”.Mako ini ujian Allah lah nih apo pulak sampai nak bawak jemaah berdemi-demo plak…

6. Soal di sini apa perlunya sampai nak berdemodi tepi jalan? Kan ko menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalanraya yang lain, Islam pun tak bagi kito susahkan sesamo manusia.

7. Mantan Mufti Noghori, aka guru Pendekar yang tak disambung kontrak sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pun, beliau redho sebab itu dah ditentukan oleh Allah. Ini kan pulak imam kocik camni ha alaahaiii buek malu ajolah..kok nak famous pun bukan camni cara eh..buek cara anak jantan..kok ado hajat nak bertanding kek Johol pun carilah caro lain nak memperkenalkan diri tu…

8. Pendekar bagi pandangan ajo…