SUMBER
Isnin, 25 Mac 2013
AGI IDUP AGI NGELABAN
Pasukan Elite Pertama Asia Tenggara 1951 ( Sarawak Ranger ) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah mendapat mendapat pengiktirafan Pasukan Terbaik Dunia pada ketika itu oleh Sir Gerald Templer..Antara kejayaan dan pengiktirafan :
1. Pasukan Penjejak Terbaik Dunia - menewaskan pasukan komunis ketika zaman darurat disekitar Temasik ( Singapura), Malaya ( Semenanjung Malaysia ), Siam ( Thailand ).
2. Sebilangan nya pernah dihantar ke Vietnam bagi membantu tentera Amerika menentang Viet Kong pada ketika itu.
3. Pasukan yang mempunyai taktik serangan gerila paling digeruni pada ketika itu,hinggakan pasukan elite British SAS ( Special Air Service ) tidak mampu menandingi pasukan ini pada ketika itu,dan sebilangan jurulatih SAS ini mendapat latihan tidak formal dari pasukan ini.
4.Pasukan ini juga yang mampu menewaskan PARAKU / tentera Indonesia yang kebanyakannya kebal / halimunan / mampu menghilangkan diri ketika era kofantrasi. Pernah diakui oleh mantan presiden indonesia pada ketika itu Sukarno - " Tentera Iban ini datangnya tidak diundang,saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa..banyak yang bercerai badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia".
5.Warisan pasukan ini juga bertanggungjawab dalam menjaga keamanan ketika rusuhan kaum pada 13 Mei, kerana kebanyakkan mereka berpendirian natural tidak menyebelahi mana-mana kaum.
6.Pasukan ini juga merupakan satu-satunya pasukan keamanan di dunia yang mempunyai kepakaran dalam pertempuran jarak dekat. - diakui oleh KOPASUS ( Tentera elite Indonesia ).
Sangat bangga kerana antara mereka disini (gambar) adalah warisku.

SERANGAN KE ATAS KAPAL RONDA PX27
Pada 29 Jun 1976 jam 0600 hrs, kapalronda PX 27 yang pada ketika itu dalam rondaan rutin telah berlepas dari Pulau Berhala Sandakan menuju ke perairan Pulau Tambisan. Pada waktu itu, rondaan berkonsepkan rondaan rutin yang memakan masa 1 minggu. Tiada sebarang Kod Operasi digunakan untuk sebarang rondaan pada ketika itu. Rondaan pada ketika itu lebih kepada menjaga keselamatan dari kemasukan tentera MORO dari selatan Filipina.
Pagi yang cerah itu tidak menduga akan berlaku satu malapetaka yang akan menimpa kapalronda PX 27 dan krewnya. Seperti biasa laluan dari Sandakan ke Tambisan akan melibatkan laluan Sandakan – Outer Bouy – Royal List dan kemudian ke Tambisan. Pada pagi itu jurumudi bertugas adalah Konst Awang Jinin sementara Konst. Jarkata bertugas sebagai Look Out. Setibanya dikawasan perairan antara Kuala Segama dan Kuala Meroup pada jam lebih kurang 0900 hrs, look out telah melapurkan bahawa terdapat 1 speedboat yang mengandungi lebih kurang 7 orang dan 1 buah pumboat bersayap yang mengandungi lebih kurang 15 orang sedang merapat antara satu sama lain. Kpl Sadikul yang menjadi OOD pada ketika itu mengarahkan Konst Jarkata supaya memanggil kedua-dua buah bot tersebut menggunakan Adlis Lamp untuk tujuan pemeriksaan.
Rabu, 20 Mac 2013
Anak Kecil Yang Menangis

~* Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu
Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun.
Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya
Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH.
Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
SEMPORNA SABAH (29/4/1954)

CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA SABAH (29/4/1954)
Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.
Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.
“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.
“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".
Langgan:
Catatan (Atom)