Semua ulama di kalangan Ahli Sunah wal Jamaah sejak
zaman-berzaman bermula daripada Tabien,
Imam-imam mazhab yang empat dan sampailah ke hari ini mereka telah mengingatkan
akan bahaya Syiah. Syiah merupakan sebuah agama yang lahir daripada ajaran
Yahudi.
Secara zahirnya, penganut Syiah dan ulama mereka kelihatan
seperti seorang Islam beramal seperti orang Islam lain tetapi jika diperhalusi betul-betul ibadat yang mereka lakukan
semuanya menyimpang daripada ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi saw.
Hal ini kerana Syiah telah berbeza daripada ajaran Islam disebabkan kepercayaan
dan akidah yang dianuti oleh golongan ini tersasar daripada akidah Ahli Sunah
wal Jamaah. Misalnya, mereka berakidah
bahawa Saidina Ali adalah Nabi yang sebenar, sahabat Nabi semuanya murtad setelah kewafatan Nabi saw kecuali beberapa
orang sahaja yang tidak murtad. Mereka menyatakan bahawa al-Quran yang ada
pada kita hari ini telah diubah seluruhnya dan diselewangkan oleh para sahabat
dan golongan Ahli Sunah wal Jamaah. Dan yang paling musibah sekali mereka
mengamalkan kahwin mut’ah yakni zina
yang telah diagamakan pada hal dalam masa yang sama mereka menuduh Aisyah
isteri Nabi seorang pelacur.
Maka tidak hairanlah akidah sesat mereka ini dibantah oleh
beribu-ribu ulama dikalangan Ahli Sunnah wal
Jamaah dalam kitab-kitab mereka, antara perkataan ulama salaf yang boleh
kita kongsikan adalah perkataan Imam Abu Zur’ah. Beliau mengatakan bahawa :
“Jika engkau
melihat orang yangmencela salah satu dari sahabat Rasulullah saw, maka
ketahuilah bahawa ia seorang zindiq, yang demikian itu karena Rasul bagi kita
haq, dan Al-Qur’an haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan al-Qur’an dan as-Sunnah
adalah para sahabat Rasulullah. Sungguh mereka mencela para saksi kita (para
sahabat) dengan tujuan untuk menidakkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Mereka (
Syiah) lebih utama untuk dicela dan
mereka adalah golongan zindik.” (al-Kifayah, ms 49, karya al-Khathib al-Baghdadi).
Lebih dahsyat lagi mereka mengatakan Ahli Sunah wal Jamaah adalah
‘Nasibi’. Maksud Nasibi ini adalah manusia yang hina bahkan lebih hina dari anak zina, manakala membunuh Nasibi yakni Ahli Sunah seperti kita
merupakan suatu kewajipan sekiranya mempunyai peluang.
PERSAMAAN SEMUA SYIAH
Akidah dan kefahaman Syiah ini walau apa pun jenisnya sama
ada Syiah Imam 12(Rafidhah), Syiah Nusyairiyah, Syiah Tafdiliyah, Syiah Sabi’iyah
dan sebagainya mereka hanya bermuara kepada satu keyakinan bahwa Ahli Sunah wal
Jamaah adalah musuh. Mereka memusuhi Ahli Sunah wal Jamaah lebih dari memusuhi Yahudi dan Kristian.
Hakikat bahaya syiah
ini telah jelas dikalangan para ulama Ahli Sunah, cuma yang masih keliru dan bersangka baik
kepada golongan Syiah ini hanyalah dikalangan masyarakat awam dan pemikir-pemikir
Sunni yang jahil terhadap agama Syiah ini. Golongan Sunni yang jahil terhadap
golongan Syiah ini mereka merasakan bahawa usaha terhadap ‘Taqrib’ (merapatkan)
dan bersatu dengan Syiah di atas nama Islam barangkali dapat menyelesaikan
polemik yang telah berlangsung sejak zaman- berzaman ini.
BAHAYA TAQRIB DENGAN SYIAH
Perlu diingat, telah berlaku usaha taqrib ini bermula di
Mesir namun yang terjadi sebaliknya. Syiah lebih pandai mengambil peluang
taqrib ini dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh mereka kepada golongan Sunni
yang kurang pengetahuan tentang Islam. Jadi usaha taqrib yang disuarakan oleh
golongan Sunni yang kononnya mahu penyatuan ummah ini berakhirnya dengan
kejayaan Syiah melebarkan pengaruhnya.
Mana mungkin boleh berlaku usaha taqrib dengan golongan yang
secara terang-terangan telah kufur
terhadap akidah Islam. Apa yang boleh
diperkataan usaha taqrib dengan Syiah sebenarnya seperti usaha mengajak kepada
Pluralisme yakni menginginkan penyatuan pelbagai agama.
Agama mereka juga adalah ‘Taqiyah’ yakni halal berbohong dan
wajib berpura-pura apabila bersama dengan kita. Jika mereka lemah dan tiada
kuasa wajib berdusta dengan mengatakan mereka adalah Ahli Sunah, manakala
apabila mereka kuat sesama mereka dan mempunyai kuasa lebih-lebih lagi kuasa
politik mereka akan membunuh Ahli Sunah tanpa belas kasihan. Inilah golongan
munafik akhir zaman seperti firman Allah yang bermaksud:
“ Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman
kepada Allah dan kepada hari akhirat, pada hal mereka sebenarnya tidak beriman
(munafik)”. (Surah al-Baqarah, ayat 8)
KEKEJAMAN SYIAH NUSHAIRIYAH
Buktinya hari ini, Bashar al- Assad dan tenteranya yang menganut Syiah Nushairiyah telah berlaku
kejam dan zalim terhadap rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah wal Jamaah. Hal kebangkitan rakyat di Syria menjadi modal
dan peluang padanya untuk membunuh dan menzalimi ahli sunnah. Bukanlah dia
mengambil tindakan kepada rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah kerana
pemberontakan kepadanya tetapi yang benar tindakannya kejamnya itu adalah kerana akidah Syiahnya yang mahu
melaksanakan kewajipan terhadap agama Syiahnya.
Perkara ini tidak pelik kepada kita yang telah mengetahui
akan bahaya Syiah ini. cuba kita perhatikan, golongan Ahli Sunah wal Jamaah
tidak akan dapat hidup aman di negara yang diperintah oleh golongan Syiah.
Hidup Ahli Sunah di negara Syiah penuh ketakutan, susah untuk mengamalkan sunah,
sentiasa diburu dan terdapat juga ditangkap dan dibunuh tanpa pengetahuan umum.
Seperti di Tehran Iran,
tiada satu pun masjid Ahli Sunnah yang dibenarkan wujud di sana walaupun
kuil dan tempat ibadat Yahudi dan Kristian dibenarkan.
Namun sebaliknya, golongan Syiah mereka dapat hidup aman di negara
Islam yang diperintah oleh golongan Ahli Sunah wal Jamaah tanpa diancam atau
dibunuh seperti yang mereka lakukan terhadap Ahli Sunah. Malangya nikmat aman yang
mereka dapati dari negara Ahli Sunah wal Jamaah digunakan sepenuhnya untuk
menyebarkan Syiah.
MAIN WAYANG NATO DAN SYIAH
Manakala golongan Syiah di Timur Tengah dan di Iran digunakan
sebaik mungkin oleh NATO dan Amerika. Kalaulah NATO dan Amerika Syarikat ingin
menjatuhkan Bashar al- Assad dan rejimnya seperti Saddam Hussin di Iraq,Muammar
Gaddafi di Libya dan Hosni Mubarak di Mesir telah lama boleh mereka lakukan
tetapi perkara ini tidak dilakukan di negara yang dikuasai Syiah kerana hal ini
merugikan mereka.
NATO dan Amerika lebih paandai bermain wayang dengan
golongan Syiah ini sejak zaman berzaman. Walaupun kelihatan Syiah begitu
lantang mengecam Amerika dan Yahudi dalam masa yang sama mereka sebenarnya
adalah kawan yang saling bantu membantu untuk menghancurkan golongan sunni.
Sejarah juga telah membuktikan kejatuhan kerajaan Islam
bermula dari khalifah Uthman dan Ali adalah angkara ‘orang dalam’ yakni
golongan Syiah. Bahkan sepanjang zaman bermula dari era Bani Umaiyah,
Abbasiyah, Ayyubiyah, Otthamiyah sehingglah ke era Millenium ini tidak ada satu
pun era yang mana Syiah tidak mengacaunya sehinggalah kejayaan besar mereka
dapat menjatuhkan Dinasti Pahlavi yang dikuasi oleh Shah Iran melalui Revolusi
Irannya.
Golongan Syiah ini mereka takut akan perpaduan Ahli Sunnah. Apabila Ahli Sunnah bersatu padu mereka akan cuba
berusaha agar perpecahan terjadi kepada Ahli Sunnah. Jika mereka tidak dapat
mengacau perpaduan sesuatu Negara Ahli
Sunnah itu, mereka akan berusaha mengheret kuasa luar mengambil tindakan
dan menceroboh negara tersebut.
Syiah memang terkenal dengan membuka pintu bagi memudahkan
tentera –tentera kafir menceroboh dan menjatuhkan sesebuah wilayah Islam.
SEKAT SYIAH MALAYSIA
Maka, kepimpinan negara kita perlu berhati- hati dan bertegas
dengan penganut Syiah yang datang ke sini dengan apa -apa tujuan sekalipun samada belajar, bekerja,
berniaga atau melabur kerana mereka
golongan Syiah ini bukan semata-mata datang dengan tujuan tersebut, tetapi
lebih jauh dari itu mereka datang bersama-sama dengan matlamat menyebarkan
akidah Syiah kepada masyarakat.
Tidak hairan di negara kita terdapat orang Melayu yang
menjadi Syiah, beramal dengan semua amalan Syiah dan berusaha untuk mengajak
orang lain kepada Syiah. Jadi, usaha menyekat pengaruh kesesatan Syiah ini
perlu dimainkan oleh semua orang dan semua pihak terutama sekali JAKIM, Majlis-majlis
dan Jabatan agama Islam, Kementerian Dalam Negeri melalui pihak polis dan pihak
Peguam Negara supaya usaha mencegah
dapat didahului kerana kita tidak mahu kelak menjadi parah dan susah untuk
merawatnya pula.
Kita yang mengaku Ahli Sunah wal Jamaah perlu sedar satu perkara bahawa mustahil Syiah dapat
bersatu dan berbaik-baik dengan Ahli Sunah kerana Ahli Sunah wal Jamaah itu
adalah Islam. Mana mungkin Islam dapat menyatu dengan kekufuran dan kesyirikan.
Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam. Maka wajar kita semua kembali merujuk kepada
nasihat dan peringatan ulama Salafus Soleh melalui perkataan dan penulisan mereka tentang ancaman
golongan Syiah ini.
Ahmad Tajuddin Bin
Idris al-Manhaji
Lulusan Syariah
Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM)
Ketua Biro Massa
Ilmuan Malaysia (iLMU)
ILMU SALAF DOT COM
Utusan Malaysia 24 Julai 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan