1. Semasa suami
bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau
memotong cakapnya.
2. Bila suami marah
hendaklah isteri
mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan...
menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan
terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu
bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi
cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah
meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah
martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik
isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan
cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti
perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan
cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat
hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang
hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat
bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya
supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan
isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah
tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami
bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak
cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan
gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa,
diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang
mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut
butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya
pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana
jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.
Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari
halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan