Selasa, 30 Julai 2013

“Selagi Gunung Kinabalu teguh berdiri, selagi itulah kami bertahan di sini,”

~TEMURAMAH SINAR HARIAN BERSAMA PENDUDUK KG SUNGAI MERAH KETIKA OPS DAULAT SEDANG DIJALANKAN~

"Saya sedia mati lawan pengganas," itulah yang diluahkan penduduk Kampung Sungai Merah, Arfian Arsad, 31, ketika ditanya mengenai pencerobohan pengganas Kiram ke kawasan kampungnya sejak pertengahan Februari lalu.

Menurutnya, akibat terlalu marah dan menyusahkan kehidupan penduduk, dia sanggup berhadapan dengan pengganas hanya bersenjatakan parang dan jika terpaksa, berlawan menggunakan tangan kosong.

Katanya, keberanian meresap dalam diri apabila mendengar dua perajurit negara terkorban di Kampung Tanduo, 1 Mac lalu.

Dua perajurit yang terkorban itu adalah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46, kedua-duanya dari VAT69.

"Saya betul-betul sakit hati, saya sudah tidak tahan, saya nekad untuk bunuh pengganas kerana perwira kita telah terbunuh.

MENJEJAKI AS-SUFYANI: PERKAITAN ARAB SPRINGS, IKHWANUL MUSLIMIN, KRISIS DI SYRIA, KEKECOHAN DI MESIR DAN JARUM2 HALUS 'THE HIDDEN HAND'

Ramai di kalangan rakan-rakan saya sepakat bahawa perihal Sufyani sememangnya semakin menghampiri. 

Situasi di Syria semakin meruncing dengan ribuan kematian telah berlaku ke atas penduduknya. 

Sudah tentu kita berpendapat bahawa sesetengah (jika bukan kebanyakan) kematian mungkin boleh sahja 

dihantar oleh tangan-tangan pakar penembak tepat dan pembunuh Illuminati. Tetapi sekali lagi kelompok Illuminati, seperti biasa, hanya bertindak sebagai pencetus. Kebodohan umat Islam itu sendirilah yang secara keseluruhannya menyebabkan kita mahu berbunuhan di antara satu sama lain disebabkan obsesi POLITIK.

Jadi tidak hairanlah, ada sesetengah daripada kita yang melihat ke arah Syria dan cuba memikirkan yang dari arah manakah Sufyani mungkin muncul kelak. Pendapat saya juga ditanya berkenaan isu ini.

Justeru itu sejak permulaan 'revolusi' Timur Tengah 2011 (revolusi? hmmm..), Saya telah cuba menghubungi beberapa orang ahli (Watcher?) terdahulu dari Syria dalam usaha untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai situasi di Syria, tetapi gagal kerana kesemua lima orang ahli daripada kumpulan Syria telah pergi AWOL sejak berlakunya anarki di Syria. Saya amat berharap agar mereka berjaya melepaskan diri daripada kegilaan yang kini tersebar di seluruh negeri ini yang paling malang ini.

Khamis, 25 Julai 2013

PEMBANTAIAN SYRIA TERJEMAHAN KEKEJAMAN SYIAH

Semua ulama di kalangan Ahli Sunah wal Jamaah sejak zaman-berzaman bermula daripada  Tabien, Imam-imam mazhab yang empat dan sampailah ke hari ini mereka telah mengingatkan akan bahaya Syiah. Syiah merupakan sebuah agama yang lahir daripada ajaran Yahudi.

Secara zahirnya, penganut Syiah dan ulama mereka kelihatan seperti seorang Islam beramal seperti orang Islam lain tetapi jika diperhalusi  betul-betul ibadat yang mereka lakukan semuanya menyimpang daripada ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi saw.

Hal ini kerana Syiah telah berbeza  daripada ajaran Islam disebabkan kepercayaan dan akidah yang dianuti oleh golongan ini tersasar daripada akidah Ahli Sunah wal Jamaah.  Misalnya, mereka berakidah bahawa Saidina Ali adalah Nabi yang sebenar, sahabat Nabi semuanya murtad  setelah kewafatan Nabi saw kecuali beberapa orang sahaja yang tidak  murtad.  Mereka menyatakan bahawa al-Quran yang ada pada kita hari ini telah diubah seluruhnya dan diselewangkan oleh para sahabat dan golongan Ahli Sunah wal Jamaah. Dan yang paling musibah sekali mereka mengamalkan kahwin  mut’ah yakni zina yang telah diagamakan pada hal dalam masa yang sama mereka menuduh Aisyah isteri Nabi seorang pelacur.

Rabu, 24 Julai 2013

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

KUCING OH KUCING

Kenapa Nabi Muhammad Sangat Menyayangi Kucing


Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong mueeza (nama kucingnya) dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Mueeza selalu mengiaw ketika mendengar azan, seolah-olah ngiaw nya mengikut lantunan suara azan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan sepertimana beliau menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

KENALI SYIAH

Tak kenal maka tak cinta.
Bila dah kenal terus tak suka..
23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah:
1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

AllahuAkbar

Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang kitab Bibble. Dia mempunyai pengetahuan akan ilmu matematik yang bagus, itulah sebabnya dia suka berfikiran logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang boleh dicari untuk dijadikan asbab untuk mengajak umat Islam untuk menukar keimanan kepada agama Kristian. Beliau menjangka Al-Quran untuk menjadi sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Beliau kagum daripada apa yang dia dijumpai.


Dr. Gary Miller menemukan bahawa Al-Quran ini mempunyai sesuatu apa yang kitab-kitab lain tidak punyai di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa yang sukar Nabi Muhammad (saw) telah hadapi, seperti kematian Khadijah isteri baginda atau kematian anak-anak baginda. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjumpai apa-apa seperti itu dan apa yang membuat Dr. Gary lebih keliru adalah bahawa dia menemukan surah di dalam Al-Quran yang dinamakan "Mary" ( Surah Al-Maryam ) yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak ada walaupun di dalam Kitab yang ditulis oleh orang Kristian atau di dalam Bible. Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena "Fatimah" (anak nabi) atau "Aishah" (isteri Rasulullah saw), Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (a.s) juga telah disebut di dalam Al-Quran 25 kali manakala nama "Muhammad" (saw) hanya disebut sebanyak 5 kali sahaja, dan ini membuat Dr.Gary menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang Agung ayat ke 82 dalam Surah Al-Nisa'a (Wanita) yang bermaksud: